Tuesday, November 9, 2010

MAJLIS MEMPERINGATI 25 TAHUN MEMALI

Sempena Majlis Memperingati 25 Tahun Memali yang akan diadakan pada 19-21 November 2010 minggu depan di Madrasah Islahiah Diniah, Kg Memali, Baling, Kedah, AL-WAFI ENTERPRISE akan mengeluarkan produk terbaru sempena majlis yang akan diadakan.

Kami akan mengeluarkan sebuah buku yang bertajuk : PERCIKAN DARAH SYUHADA', AMANAT TERAKHIR AS-SYAHID USTAZ IBRAHIM LIBYA.

 (Kulit depan)

 (Kulit belakang)

Fokus utama buku ini ialah menukilkan semula ceramah As-Syahid Ust Ibrahim Mahmud yang telah dirakamkan di dalam sebuah kaset yang bertajuk PERCIKAN DARAH SYUHADA', AMANAT TERAKHIR AS SYAHID USTAZ IBRAHIM LIBYA.

Selain menukilkan semula ceramah As-Syahid Ust Ibrahim Libya, buku ini juga turut memuatkan Sinopsis Peristiwa Memali, Kisah Sebenar Memali Oleh Pak Teh, Temubual Bersama Senator Yusuf Husin dan Memali Pada Pandangan A.Samad Said.

Setiap pembelian buku ini, anda akan menerima poster TOKOH SYUHADA ABAD KE-20 & 21 secara percuma. 

Pastikan anda tidak ketinggalan untuk memiliki buku ini dengan harga RM 10 di Madrasah Islahiah Diniah nanti.

Sebahagian dari keuntungan jualan buku ini akan disalurkan kepada Dana Pendidikan Islam Negeri Kedah. 

Saturday, October 30, 2010

IFTITAH



BISMILLAHIR RAHMANIR RAHIIM

Alhamdulillah. Hari ini syarikat Al-Wafi Enterprise berjaya membuka laman blognya sendiri setelah tetangguh beberapi kali. InsyaAllah laman blog ini akan berfungsi dalam menyiarkan semua jenis produk dan artikel-artikel yang berkaitan dengan Al-Wafi